Kat sini anda boleh datang dan tengok cara cara zaman dulu guna. Dari alat memancing sampai ke peralatan dapur pada zaman dulu masih ada disini.
Tempat yang Mimi cangkung tu memang tempat orang dulu dulu membuang hajat. Ada lubang dan najis akan disalurkan ke kandang babi. Jimat jimat.
Next, Mr Cheon bawa kami ke tempat kincir angin. Dengan angin kuat, cuaca cerah tapi sejuk gila pastu disuruhnya lompat untuk ambil gambar. Mahap. Mimi saja yang gigih buat ni. Kalau tuan tanah buat mahu gegar satu South Korea.
Lepas dari tengok kincir angin, kami singgah ke ladang bunga corono. Tak pasti betul ke tak nama dia. Kan spring dah bermula. Dalam banyak banyak bunga, bunga ni je baru nak mekar. Untuk masuk ke sini ada dikenakan bayaran krw1,000 seorang. Tapi Mr Cheon baik hati dan bayarkan untuk kami.
Pernah rasa limau kat Jeju? Ya Allah sedapnya. Manis manis belaka. Takda yang masam sepanjang kami makan. Rupa pun cantik kan? Rasa nak makan kan bila tengok gambar ni?
Sorry ye. Kalau tengok betul betul, ni sebenarnya limau tipu. Haha. Rupa limau sebenar takla segojes gambar kat atas ni. Nampak tak ada dawai yang diikat dengan limau tipu ni pada pokok limau. Masa ni tipu Mimi suruh petik dan makan. Kecur air liur dia. haha
Next kami pergi Seongsan Ilchubong. Antara 7 wonders in the world yang baru. Bangga kejap dah dapat pergi. Admission fee krw2,000 seorang. Kat sini memerlukan daya tenaga untuk mendaki sikit. Oleh kerana bukan senang dapat peluang pergi, harusla seret kaki pergi juga kan? Tapi taklah sampai ke puncak tu.
Seongsan Ilchulbong Peak rose from under the sea in a volcanic eruption over 100,000 years ago. Located on the eastern end of Jejudo Island, there is a huge crater at the top of Seongsan Ilchulbong Peak. The crater is about 600m in diameter and 90m high. With the 99 sharp rocks surrounding the crater, it looks like a gigantic crown.
Lepas dah penat mendaki, kami singgah basahkan tekak ke DropTop Cafe kat area Seongsan Ilchubong ni. Sekali la makan tengah hari untuk alasa perut.
Tadaaaaa! Ni la menu kami untuk late lunch kami. Banana toast bread with caramel sauce & whipped cream. tu diaa nama dia kan. Harga dia dalam krw5,000 rasanya. Jangan convert kan?
Next kami terus menghala ke Seopjikoji Beach. Kat sini ada ahjuma ahjuma jual sotong bakar. Macam nak beli, tapi duk fikir hygiene. Sudahnya tak beli. Berkira sangat tuan tanah ni.
The view was breathtaking. Angin yang sepoi sepoi seperti biasa. Lihat pemandangan. Memang relaxing cara sightseeing macam ni. Takde rushing rushing.
Cool kan batu macam ni. Tak pasti ini dibuat oleh manusia atau memang semulajadi terbentuk jadi macam penyu.
Last location yang kami pergi sebelum ke airport ialah Yongduam Rock. Kalau kena dengan angle yang betul, kita boleh nampak batu ni seolah olah menyerupai dengan naga.
Yongduam was created by strong winds and waves over thousands of years. However, there are plenty of other stories of how it came to be. One legend has it that a dragon stealing precious jade from Mt. Halla was shot down by an arrow from the mountain deity. When he fell down on Yongduam, his body immediately sank into the ocean and his head rapidly froze looking at the sky. Another legend has it that a white horse, who dreamed of being a dragon and ascending to the sky, came to be caught by a soldier and froze into the rock.
Masa ni jam dah hampir jam 6 petang. Angin makin kuat. Tangan memang tak rasa apa apa kalau tak pakai gloves. Muka memang dah kejung. Jacket yang sendiri pakai pun rasa sejuk gila. Memang amik gambar dengan cara pantas je kat sini sebab terlalu sejuk.
Dalam jam 6.30 pm macam tu Mr Cheon hantar kami ke Jeju Airport. Kami memang puas hati dengan service Mr Cheon. Hari pertama tu dia charge kami krw130,000 dan hari kedua oleh kerana lama sikit krw150,000. Dia belanja kami jagung, pau barli, jajan jagung dan limau mandarin. Kami happy sangat sebab Mr Cheon tunjuk macam dia tak berkira dengan kita, so kita pun happy kan. Memang recommended sebab dia tau tentang agama Islam dan dia tau pasal Muslim. Jadi mudah kalau nak suruh dia bawa ke kedai makan. Cuma kami ni je tak mau makan sebab dah makan macam macam untuk alas perut.
Dalam jam 9pm kami selamat sampai di Gimpo International Airport. Apalagi, berlari la untuk ambil beg roda yang kami simpan di Baggage Storage tu. Total caj yang dikenakan dari jam 9.50am (Khamis) sampailah 9pm (Jumaat) lebih kurang krw51,000. HOI MAHAL HOI. tapi better lah dari nak ulang alik kan. Pejam mata dan bayar.
Ni lagi 1 tips penting. Oleh kerana kami dah sampai agak lewat, tuan tanah dah buat reservation untuk naik International Taxi ke guesthouse kami di Hyehwa itu. Oleh kerana buat reservation memang tulis jam 10, so berlenggang kangkung la kat airport. Lepas tu terus ke information centre tanya kat mana counter international taxi. Depa pun tak pasti. Tapi kudos la, mereka memang rajin nak selesaikan masalah kami. Rupanya counter taxi tu kat bahagian International Terminal. Cis bedebah. Kami turun kan domestic terminal kot! So kami di suggestkan untuk naik shuttle bus untuk ke situ. Tunggu punya tunggu bas tak datang datang. Rupanya last bas jam 10. Tengok jam dah 10.10pm. Cantik! Memang cantik. Dengan suhu 2c. Kami seret beg ke hulu ke hilir.
Kami tanya orang sana. Dalam email reservation kata kami akan dikenakan 100% penalti jika tak show up lepas buat reservation. Unnie kat information centre pun dah try call kan counter taxi tu tapi tak berjawab. Lalu kami ke taxi biasa di depan bus stop itu untuk minta hantar ke international terminal. Masa ni la bermulanya cabaran bahasa. Haha. Lawak. Sudahnya bukak handphone, mujur ada print screen alamat & no telefon guesthouse dalam korean terus tunjuk ke taxi driver & terus dia set GPS dia. Hamik! Nak kena penalti pun penalti la. Dahla sejuk. Beg berat. Mujurla memang dah baca banyak pengalaman orang yang kata make sure ada alamat & no telefon destinasi nak dituju dalam korean. Jadi taxi driver mudah nak bawa. Dengan hanya krw23,000 kami selamat sampai jam 11.30pm di GoldenPond Guesthouse :)
Nanti kita sambung part Seoul pula ya :)
No comments:
Post a Comment